Bellick
Jeet - ni Bellick real life nye, memang tak cukup gagah perkasa nak pergi tanya dia untuk bergambor sekali. Haha!Al kisah nye..
Kome (koi sebenornye) ada appointment kat Kementerian Dalam Negeri pukul 11.45am. Si Tomi kabo dekat, so buleh jalan je.. lagipon dia tau tempat tu kat mana. Ya benar, indah kabar dari rupa ye. Dia ada nama jalan je (yang dia just agak-agak kat area mana). Buleh?
Lepas terkalut-kalut jalan macam tak cukup tanah, akhirnye kome sampai sana dalam pukul 11.35am.
Kome masuk (macam kat airport, siap lalu thru metal detector door bagai) and minah guard tu mintak tengok appoinment (nasib baik si Tomi print :D) and suruh kome pergi ke bilik A. Tot tet la kome pergi.
Bilik A.
Bilik menunggu.
Penuh dengan kerusi kecuali satu bahagian ni, ada 1 meja berkompeter dan 1 kerusi. Ada dalam 30 orang kot dok tunggu time tu. Kome pon join sama.
Selang beberapa minit je (kan dah kabo? nasib baik kome sempat), datang sorang mamat ni. Tinggi gila. Jalan perut ke depan. Botak. Muka garang gila. Pakai baju bertulis "Seguridad". Maksudnye "Security".
Bellick! Serious rupa paras and mimik muka macam si Bellick dalam Prison Break tu tau.
* semua dialog selepas ini adalah setelah dialih bahasa dari Spanish ke Pahang :D
Dia pergi duduk kat kerusi bermeja. Sambil tengok kat kompeter, tak pandang langsung ke kome semua, dengan suara extra lantang dia
Satu persatu nama dia panggil. Laju gila panggil. Terkalut-kalut semua orang bangun and trying to figure out who's after who. Selesai panggil nama, sorang demi sorang gi jumpa dia. Rupanye dia macam first filter la.. nak tengok if ada appointment sah, dokumen cukup ke, valid ke and etc, sebelum masuk ke bahagian dalam untuk urusan selanjutnya. Kome beratur belakang sorang minah Cina ni, dia kabo si Bellick memang menakutkan. Koi setuju. Haha!
Kome dok still berbaris bila sampai turn mamat Morocco ni jumpaa Bellick. Mula koi dengor si Bellick kabo macam mamat Morocco tu tak de appoinment and dia buat urusan bagi pihak bukan keluarga dia. Then mamat Morocco tu macam marah, dia tengking si Bellick. Bellick.yang.ganas.itu. Buleh?
Si Bellick apa lagi, tengking semula si mamat Morocco tu. Sama-sama suara makin lama makin tinggi sampai satu tahap koi dapat bayangkan si Bellick bangun and bagi penumbuk kat mamat Morocco tu. Haha! Nasib baik tak jadi gitu. Lepas beberapa minit (rasa macam bertahun) diorang bertengkar, mamat Morocco tu blah. Minah Cina depan kome tu kabo, "Ahhh sudah, mamat tu dah naik angin. Jenuh la kita nanti weh, mau kena tengking jugak gamaknye." Koi setuju.
Selang beberapa saat lepas tu, si Bellick dengan extra lantang kabo "Yang berbaris ni hanya sesiapa yang nak berurusan je yek. Segala keluarga or peneman, sila duduk kat kerusi."
Ahhhh sudah! Meaning koi kena berurusan sendiri dengan si Bellick la. Gerun! Hahaha!
Si Tomi dah gelak dia kabo "Tak de mende nye, suma dokumen kan ada." Pastu dia pergi duduk kat kerusi. Sengih-sengih. Rasa nak penampor tak? Haha!
Koi berbaris menunggu dengan penuh debaran. Dup dap dup dap rasa.
Sampai turn koi.
Koi cakap hola bagai, tunjukkan appointment and segala dokumen koi. Si Bellick tengok dokumen koi dalam dua, tiga saat and terus sign approval and bagi number untuk koi proceed buat urusan kat bahagian dalam. Koi cakap terima kasih, dia cakap sama-sama.
PHEW!
Koi pergi duduk kat Tomi. Dia kabo "I was ready to go talk to Bellick for you, you know.. but I saw that you didn't have any problems. Hey, you did great!" Sambil angkat tangan, high-five ke koi. Nasib baik koi lepas dengan si Bellick, kalo tak.. ada jugak orang makan high-penampor
Lepas semua dapat nombor, kome kena diarahkan pergi ke bilik D pulak. Kat sana ada kome dipanggil mengikut nombor. Kejap je tunggu kat sana sebab banyak kaunter, pin pan pun.. dah siap urusan. Minah kat kaunter tu baik benor, tak lokek senyuman (beza sungguh dengan si Bellick tu).
LEGA!
Selesai. Keluar bangunan kementerian tu, terus rasa lapor. Haha!
Giant Calzone
Last lunch sebelum balik. Kome pergi makan kat Italian restaurant (cari restoren Saniah, tak de la pulak) dekat area situ. Tomi order pizza. Koi order mushroom + cheese calzone. Bila sampai, okojot tengok. Bapok ler besornye weh!Todap! Sos/kuah tomato diorang ada rasa lain sikit, rasa macam smokey gitu. Tak habis koi makan, so koi tapau bawak balik ;) Harga muah, calzone dan pizza dalam 8eu/each gitu.
Museo Naval de Madrid
Sebab dek still ada masa, kome pergi melawat ke museum ni. Dekat je dengan kementerian. Jumpa museum ni pon sebab kebetulan lalu kat tepi tu. Entrance fee nada. Free. Keknye diorang ada mintak macam donation gitu, sebanyak 3eu. Kalo nak ikutkan, kira macam entrance fee jugak la kan? Haha! Sebab kalo nak ikutkan ikhlas nak donate berapa, patut ikut suka kita la.. mana aci dah fixed amount. Ye tak? Keknye no hal la sebab berbaloi masuk. Best!
The museum is a state-owned cultural institution, managed by the Ministry of Defense through the Department of Defense Institutional Relations.
The Museum's mission is to acquire, preserve, investigate, report and display for study, education and contemplation, parts, assemblies and collections of historical, artistic, scientific and technical activities related to shipping, to disseminate the story sea of Spain, to help illustrate, recognize and preserve their traditions and promote national maritime awareness.
Illustration of "New world" discovery by Columbus.
A copy of actual handwriting in that era. Nampak macam tulisan Jawi pon ye jugak.
Museum tu penuh dengan replika kapal mengikut peredaran masa. Dari sekecik-kecik replika, sampai la sebesor lebih dari 3 meter.
Teliti. Siap ada langsir bagai kat kabin.
Cannons. Kalah Black Peral Jack Sparrow punye.
Lighting kasik dramatik effeks. Hehe!
Rangka kapal.
Ni ditunjukkan camno setiap level and bilik dalam kapal berserta fungsinye. Ada bilik tempat simpanan segala supplies bagai. Dapor pon ada (tak nampak pulak dalam gambo).
Katil. Kalo koi naik, mau putus segala tali tu. Muaha!
Unik. Replika kapal yang dibina dari bunga cengkih.
Ukiran di gading gajah. Amazing!
Last but not least.. jeng jeng jeng! Sila baca item nombor 7 tu! Si Tomi menjerit panggil koi bila dia baca. Dari Malaya weh!
Dan begini lah rupa kapal layar itu. KIUT! Bangga koi! :)
We took LOTS of photos of EVERYTHING but I think these are more than enough to put up here. For 3eu/each fee, the museum was an amazing place to visit. Extremely lots to see.
Maka berakhir lah short trip ke Madrid.
Koi kabo ke Tomi, rasa macam nak pergi lagi je ke sana sebab koi suka dengan bandor gitu. Bandor besor keknye penuh dengan tempat-tempat rustik yang menarik. Semuanye within walking distance pulak tu. Dia kabo no hal, tunggu tambang tiket ketapi murah la. Haha! Betul la jugak, tambang ketapi je dah beratus eu. Tak pe, mana tau bila ada rezeki ke kan :)
Thanks for reading folks!
oh kalau Cahya mesti obvious muka takut mengadap Bellick tu..terkulat2 pandang tak pandang muka dia..hehe.
ReplyDeleteseronoknya pegi museum tu, paling best tengok kat dalam kapal ada bilik apa.
Awok! kalau saya kena berhadapan dgn si Bellick tu, mau kena ludah kot. Dia tahu baran dia aje. Cakap la elok-elok. Ludah bukan physical abuse kan>hehehe
ReplyDeleteCalzon - pizza bungkus yek.
Saya pun kena simpan duit dalam tabung ayam le.
Cik Aida,
ReplyDeleteHahah,Tomi yg excited lebih yer bila noticed Malaya?
Ala.. tak suka la org muka2 garang n garang2 nieh... selalu kalau gie mana2 urusan mesti ada org yang gitu.. dun like dun like.. Tapi oleh kerana tommy ada.. aida dah pasti ada penyelamat dunia..huhu
ReplyDeletesangat suka museum itu.. kapal2 sangat menarik. tapi yg tommy excited sal malaya tu.. harus dengan gaya comel excited sbb dia yang jumpa kan.. huhu
makanan? ahh.. kelaparan.. tolong!!
Aida
ReplyDeletebila tengok 'karipap' besor tu, berdebar2 rasa perut I. I pun kalau berjalan kemana2 niat nak shopping or otherwise, afdhal perut diisi dulu.
Kolek dari Malaya comel aje, I like it too.
mak kau.. besarnya calzone karipap itu..perut dah kecik sebab tu tak habis. hehe. bestnya jalan muzium lagik :)
ReplyDelete*eh, kotak komen ni design terbaru ek? :D
ReplyDeleteCahya,
Haha! Sama la kita! Yelah kan, selalu tengok muka garang2 ni dalam tb jek.. and bila sekali bertentang mata, gerun!
Tu la, Cahya kena gi masuk muzium tu. Segala jenis kapal ada, kabin kapten, senjata, meriam bagai.. suma ada.
Azaleania,
Haha! Tu la pasal. Bukan takat excited, siap tertonggeng-tonggeng nak snap gambor (almaklum la.. replika kapal layar Malaya tu diorang buat kecik, pastu letak pulak kat tengah2 kapal lain yang bersize besor). Tak aci kan?
MM,
Betul, kan? Garang diorang mematikan senyuman dari spesis2 kita ni. Ahaks! Kalo MM la, kecut tak?
Mamat tu penyelamat? Saya girl power, selamatkan diri sendiri. Buleh? Haha!
Betul, excited benor dia. Rasanye segala angle kapal Malaya tu pon dia snap gambor. Huhu!
MM tayang ketupat kan hari tu, ekoran terliur tengok ketupat MM.. saya buat pulut kuning + sambal tumis ikan bilis + RENDANG (hurup besor tu) tau hari ni. Muaha!
Cik Som,
Hehe! Isi perut dulu supaya ada extra power time shopping and kelek beg kiri kanan nanti, kan?
Betul, rupa comel.. size pon comel.
Puan Sri,
Mak aku memang suka karipap. Tapi kalo hulur calzone, nescaya dia tak mo. Haha!
Perut kecik? Hang jangan buat aku gelak meroyan wei. Bukan perut aku kecik, tapi karipap tu yang gergasi.
Aku jalan pi muzium ja, tak dak sahabat elite nak pi ajak tengok zirafah :D
hahahaha....sorila..tertinggal ketapi..camtu ghopenye..
ReplyDeleteingat bellick yang dlm prison break tu ;)
ish..kalo koi, kecut gak perut, mau tetiba jadi bisu depan bellick tu..hehehe..
Jeet,
ReplyDeleteHaha! Kalo jumpa Bellick dalam Prison Break tu pon gerun gak. Mana tau time mintak bergambar, dia bagi penampor sedas ke. :D