Bihun goreng.. nostalgia


THE CRAP
Teringat zaman kecik-kecik dulu. Kalo pergi jamuan hari jadi je, mesti ada jamu bihun. Kalo tak de memang tak sah. Bihun rasa manis-manis gitu, tak pedas langsung la. Yelah, nak jamu ke bebudak la katakan. Pastu buleh dikatakan bihun kosong je. Yelah, kalo bubuh sarat sayur ke hapa gerenti dikuak ke tepinye. Dah nama pon nak jamu ke bebudak kan.



Resipi bihun goreng ni diturunkan (ahaks!) dari Along koi. Koi bapok ler sukanye sebab nak membuatnye  senang amat. Malam-malam buta pon (sokmo koi la tu) buleh goreng, no hal. Yang penting, todap (bagi tekak kome la)! Bila makan je.. teringat zaman kecik-kecik dulu. Nostalgia.


THE RECIPE
Sebab dek koi dah besor (especially dari segi fizikal, muaha!), mana buleh kalo tak pedas kan? Pastu sayur kena ada. Ni cara koi bila nak masak di tengah malam cepat.

  1. Celur bihun (budget untuk sorang makan) dalam air panas (beberapa minit sahaja), tos dan ketepikan.
  2. Rendam sejemput (generous) udang kering di dalam air panas (beberapa minit), tos dan ketepikan.
  3. Kisar 1/2 biji bawang besar + udang kering + lada kecik/lada kering.
  4. Tumis bahan kisar sehingga agak garing. 
  5. Masukkan sos tomato + gula + kicap manis + serbuk perisa ikan/garam. Balance rasa masam + manis.
  6. Masukkan kobis (dihiris halus), kacau dan biarkan sehingga agak lembut.
  7. Masukkan bihun, gaul rata dan goreng seketika. Tabur hirisan daun bawang + bawang goreng + hirisan telur goreng (or kalo malas, pecahkan telur je direct ke dalam bihun).

Thanks Along, muahs! Nanti buleh koi try resipi bihun putih awok pulak yek ;)




10 comments:

  1. betul tu...kalau ada birthday party misti ada bihun...suka2

    ReplyDelete
  2. Memalam buta nak closing account forex ni, kecur air liur tengok beehoon awak nih.

    Saya pun buat beehoon juga bila birthday party.

    Dah try beehoon tomyam?

    Petang tadi saya makan Mee Kolok as dinner kat Restoran yang Cik Som suka pergi tu.

    My junior makan 1 + 1/2 bowls Mee Kolok. His favourite.

    Ahkak 1 bowl dipetang hari termengah-mengah nak perabis.

    Ahkak

    ReplyDelete
  3. Cahya kalau malam2 takde rajin nak goreng bihun..ni pun baru slurpp semangkuk maggi+telur. tapi macam nak makan lagi je..tak kenyang. hehe

    ReplyDelete
  4. Aida,
    Bihun pesen itu masih sama d bday party zaman lanie. but rasa dia mmg best..manis2 jer kan.. Tapi utk tekak org yg suka pedas nie macam kureng ummmpphhh sikitlah...

    Cara yg aida bagi nie mmg senang... TAPI org malas mcm mm tetap lah jugak akan follow cahya. Maggi cukup... jangan kata malam.. siang hari pun gitu jugak..:p

    ReplyDelete
  5. Aida
    I pun ada bihun nostalgia yg diberi nama mee pak kasim or mee PK..(pernahlah I blabber abt it kat Alkisah).

    Dah lama tak buat mee PK; kalau buat memanglah segala memori menyimbah2 kembali keminda (as the nite my aunty cooked it, it was the nite my mum died, sob3).

    p/s: AHKAK, kita dah jarang ketempat makan tu sbb takOt terserempak dgn you.. :-)

    ReplyDelete
  6. ehhh cam pakat2 je kita pun goreng bihun mlm tadi... and ramuannya 95% sama ngan kita buat, cuma kita tambah sikit ayam and sayur, tp versi kita guna udang gagau kering mmg todappppplah!!

    ReplyDelete
  7. eh nti kejap, tu yg alas props tu ko punya jeans ke si Tomi's? kretip beno kome yek

    ReplyDelete
  8. bihun + udang kering + kubis + manis manis sikit. wallaweii.

    sempoi but sedap

    ReplyDelete
  9. fuhh memang sedap layan bihun goreng malam2 wehhh.. dah berapa botol dah habis stok kicap?

    ReplyDelete
  10. kasihredha,
    Tu la kan? Tapi rasanye bihun ni makanan time zaman kita dulu je kot. Birthday party sekarang ni mana main bihun dah rasanye :D


    Ahkak,
    Hamboi.. bersengkang mata sungguh jutawan kita sorang ni ye?

    Bihun tomyam? Dah try sekali (kot) tapi tak suka la. Tomyam saya suka bila sup je :D

    Ooo.. so selalu makan mi kolok dengan Cik Som la ni ye? Wahhh BFF gitu! :D

    Dah habis menu sebulan memasak untuk bebudak? Lega dah la sekarang ni?



    Cahya,
    Dah habis semangkuk + telur? Syabas! Haha! Tapi Cahya rebus ke masak? Serious, megi time malam2 memang pergh!


    MM,
    Erk, baru je saya sebut zaman sekarang time birthday party orang dah tak jamu bihun. Hehe! Still jamu ka? Still rasa sama, manis2 gitu? Lain kali MM bawak la bekal sambal kicap dalam handbag, baru pergh! :D

    Follow Cahya ka? Haha! Jom kita buat party megi jom!


    Cik Som,
    Mee Pak Kasim? Hmm.. macam pernah ku dengar and ku baca cerita itu :D

    Hmm.. so first time makan time Mak Cik Som meninggal dulu ye. Memang gerenti menggamit segala kenangan. Macam kalo saya tengok cerita Kuch Kuch Hota Hai, teringat kat arwah Abah saya. Tak pe la Cik Som, at least kita ada kenangan, kan? :)


    Yong,
    *calit!* Kalo dok dekat, buleh share kuali.. kan? :D
    Yong nye bihun versi advanced, banyak pelakon tambahan. Hehe!

    Buh udang gagau todap ek? Idea baru ni!

    Tu jeans skirt saya, kena basuh dulu sebelum pakai. Kang mau pedas montot sebab lambak lada kering atas tu :D


    Ainini,
    Haha! Serious sedap kan bihun manis manis gitu? Makan sampai bertambah tak hingat punya la.

    And betul, kadang mende2 sempoi la yang kita dok cari. Contoh macam nasi putih + telur kicap + lada kecik. Wallaweii! :D


    Jue,
    Hang bukan peminat bihun jugak ka? Hehe!

    Kicap hat mak aku pos tu, aku simpan dlama fridge (tak guna.. sayang). Kicap hat mamat tu borong, hmm.. dah habis 4 botol kot. Haha!

    Sebut pasal kicap, balik nanti.. hang buat la bisnes pos-ngepos barang2 ke perantau weh. Gerenti sukses! :D

    ReplyDelete