Nasi beriani, Daging hitam kandar & Dalca sayur.. wohoooooo!

Salah satu menu minggu berbuka puasa minggu lepas.
Salah satu hari berbuka yang paling seeh sepanjang bulan puasa.
Salah satu resipi yang bapoklah todapnye weh and memang koi kena salin kat sini supaya sejarah seeh hari tu buleh diulangi dengan jayanya.
Salah satu kombinasi belasah tapi koi apa kisah.


Daging hitam kandar
Sokmonye lauk daging hitam kandar ni orang makan dengan nasi kandar, ye dak? Keknye apa salahnye kalo makan dengan nasi beriani kan? Lagi pergh! Dah lama koi tingin buat lauk ni keknye tak jumpa resipi sesuai dengan bahan yang ada kat dapor. Surf punya surf akhirnya jumpa la resipi ni and macam biasa, adjust apa yang sesuai. Thumbs up, I tell you. I LIKE!

Daging hitam kandar (resipi asal Daging hitam nasi kandaq di My Resipi)
Bahan:
500 g daging + lebihan rusuk asado (entah zaman bila dok beku dalam fridge)
Kicap pekat + kicap manis *
Sos tomato *
Garam + gula *
EVO oil *
* agak-agak la ye

Bahan kisar A:
1 biji bawang besor biasa
5 ulas bawang putih
1 inci halia
* kemudian + 1 tsp serbuk jintan putih + 1-2 tbsp rempah kari daging Babas + sedikit air + 2-3 tbsp kicap pekat + kicap manis cap kipas udang sesedap rasa (ahaks!) = gaul rata dan ketepikan

Bahan kisar B:
1 biji bawang besor merah

Bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan, disimpul

Cara:
1) Rebus daging + rusuk (sukatan air level minimum + garam) menggunakan pressure cooker selama 35 minit (depends on the pot). Asingkan daging + rusuk dengan air rebusan, ketepikan.
2) Tumis kesemua bahan tumis dan masukkan bahan kisar B. Masak seketika.
3) Masukkan bahan kisar A dah masak sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air rebusan daging (agak-agak nak buat sebanyak mana, lebihan air daging yang lain koi masukkan dalam dalca sayur), sos tomato dan biarkan mendidih. Perisakan dengan garam + gula jika perlu.
4) Bila kuah dah agak pekat, masukkan daging + rusuk dan kacau rata. Biarkan seminit dua supaya daging + kuah dapat beramah mesra gitu. Makan bersama nasi beriani, paleh! :)


Dalca sayur
Mula malas nak buat dalca keknye bila terpikir yang tercekik pulak koi makan tak berkuah dan tak bersayur langsung, so gagah perkasa la buat jugak. Memang berbaloi buat sebab sungguh matching. Koi memang celedik. Ahaks!

Bahan:
1 genggam lentil (rebus di dalam pressure cooker selama 20 minit, depends on the pot. tos dan ketepikan)
1 biji ubi kentang, potong dadu
1 biji karot, potong dadu
1-2 genggam kacang panjang (koi guna frozen nye jek)
Lebihan air rebusan daging
1/2 cawan santan
1/2 biji bawang besor merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dihiris halus
EVO oil
Garam + gula
1 tbsp rempah kari daging Babas + sedikit air rebusan daging (dibancuh, ketepikan)

Cara:
1) Tumis bawang putih + bawang besor sehingga layu.
2) Masukkan bancuhan rempah dan biarkan sehingga rempah masak.
3) Masukkan kentang + karot + air rebusan daging dan biarkan mendidih sehingga kentang + karot hampir empuk. Masukkan kacang panjang frozen + santan + lentil dan biarkan mendidih sehingga kacang panjang masak.
4) Perisakan dengan garam + gula. Makan dengan nasi beriani + daging hitam kandar + pappadom, wohoooooo!


Nota: Cubaan untuk buat kalian dengki ke koi. Sebab koi dengki dengan rendang ayam, rendang daging, laksa Penang, daging dendeng, nasi tomato, nasi karot, daging masak merah, ketupat, nasi impit, kuah kacang, kuih-muih, kerepek-kerepek, bihun sup, mi kuah, mi rebus dan tempoyak patin kalian. Muahaha! Daku gumbira! Yehaaaaaa!

7 comments:

  1. serious menggugat iman esp the daging hitam kandar. nnti i try after raya.

    selamat hari raya & maaf zahir batin yea!

    ReplyDelete
  2. gler la tgh2 mlm tgk gambar nie mmg rasa nk jilat screen pun ada

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya kak Aida!Wah,ni dah kira menu raya di bulan puasa ni!Nanti tayang menu raya pulak eh?

    ReplyDelete
  4. saya ada resepi dgg hitam kandar ni tapi lain sikit. Nantilah kita tukar resepi.

    Kalah jamuan dipadi raya nih. Dsh raya ke belum. Cer tunjuk, cer tunjuk gambar orang spain beraya sket.

    Ahkak

    ReplyDelete
  5. Aida!!! Selamat hari raya Aidilfitri.Maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya buat Patin & Famili di Huelva..Mohon maaf zahir & batin terutama sbb jarang comments tapi memang hari2 buka suka tgok foto & story..

    Palihhh sedap betoi hidangan raya, mgalohkan Bkt Cermin..

    ReplyDelete
  7. Maya,
    Lauk-pauk kandar memang pergh, kan? :D
    Selamat Hari Raya and maaf zahir batin to you too dear! :)


    June,
    Haha! Make sure lap skrin sebelum dan selepas jilat ye :D


    Mira,
    Selamat hari raya to you and family too, Mira. Ni menu lepas gian :D
    Menu raya simple benor (baru je tayang tadi), tak buleh lawan menu Mira yang penuh meja tu.


    Ahkak,
    Ada resipi ek? Ce tepek sket, nak gak tau and belajo :)
    Gambor beraya tak de, gambor rendang ada la :D


    Shue,
    Hey babe, selamat hari raya aidil fitri and maaf zahir batin! Busy benor dia ye?


    Abg Man,
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin, Abg Man. Hari raya tu time dok borak dengan Juan, terputus sebab saya habis credit. Hehe!
    Sebab dek hari-hari pon bukak, so no comment pon no hal. Hehehehe!
    Tu hidangan bukok pose, kasik seeh. Still tak buleh celen menu Bkt Cermin :)

    ReplyDelete